Saturday 30 December 2017


DUA 6022  
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK E-FOLIO :

KONSEP KEJIRANAN DAN HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH :

USTAZAH CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM


NAMA AHLI KUMPULAN :

LAILATUL FITRI BINTI SUMONO                     (02DGU15F2031)
NUR HUDA BT YUSNI                                   (02DGU15D2016)
NURUL ASMIMI BT MOHD AMIN                    (02DDU15F2022)
NURUL SYAHADAH BT MOHAMED ZAINI        (02DGU15F2006)
SITI NURSYAZA BT ABD HALIM                    (02DGU15F2002)
NUR ZAFIRAH BT JAAPAR                           (02DGU15F2003)





Kelas : DGU5A


PENGENALAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

          Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.

        Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarat .

DEFINISI

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

                       Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. 



PEMBAHAGIAN JIRAN


 Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

       Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. 




ADAB-ADAB BERJIRAN

1Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi

2.Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Rasul SAW pernah bersabda : “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.

Sahabat bertanya “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” 

Riwayat Bukhari dan Muslim dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

5. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

6. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

7.  Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

8. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya. 

9. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan. 



SEMANGAT KEJIRANAN

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

        Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

         Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

         Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih  cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah
untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.  

      Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

      Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian sepertimencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

          Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.  

HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu : 

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
 Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.


 Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.

Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu

 Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau

 Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak. 


HIKMAH BERADAB DENGAN JIRAN

    Terdapat banyak hikmah yang kita dapat perolehi sekiranya kita mengamalkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dan berjiran.Antara hikmah yang kita dapat kecapi apabila mengamalkan nilai-nilai murni  semasa berada di kejiranan ialah:

1.Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian.Kita tidak mungkin akan mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.

2.Pengamalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dapat menyatukan masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti.Sebarang kata putus atau keputusan juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama.


3.Sifat individualistik dalam diri juga dapat dihakis.


4.Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat.Kes-kes seperti kecurian dan pecah rumah juga dapat dibendung sekiranya masyarakat mengetahui segala adab berjiran.


5.Pengamalan adab yang sepatutnya di kawasan kejiranan dapat meringankan segala kerja yang berat.Sebagai contoh,kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua jiran menghulurkan bantuan.





IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN

1.Tidak mendapat ketenangan hidup.
2.Dicemuh masyarakat.
3.Menjejaskan keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat.
4.Sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa musibah.
5.Menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan negara.
6.Terasing dan terpinggir dari kehidupan bermasyarakat.






KESIMPULAN

Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman.
لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

yang mempunyai anak-anak, jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.

Memiliki jiran yang beragama dan Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada berhampiran dengan kehidupan kita seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan persekitaran hidup diri kita dan ahli keluarga. Bagi soleh dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak dan memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli keluarga. Juga dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik merupakan salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga.

Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.

Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain.

Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti sabda baginda : “Ya Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat tinggalku” .

No comments:

Post a Comment